Perluas pengurangan cukai tanah, cukai pintu - Utusan Malaysia

Perluas pengurangan cukai tanah, cukai pintu

INDUSTRI perhotelan dan pelancongan memerlukan moratorium automatik kerana kehilangan pendapatan menyukarkan mereka untuk menanggung kos hutang yang tinggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan rayuan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) baru-baru ini supaya kerajaan Melaka mengurangkan kadar cukai tanah dan cukai pintu bagi meringankan beban yang ditanggung semua pengusaha hotel di negeri itu.

Sehubungan itu, satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bagi meringankan kerugian yang ditanggung pengusaha hotel ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Saya berharap pengurangan kadar cukai tanah dan cukai pintu turut dipeluaskan melibatkan golongan berpendapatan rendah (B40) dan menengah (M40).

Ini kerana dalam kumpulan WhatsApp banyak dibangkitkan sikap tidak prihatin pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah dan tanah (PDT) yang tetap menuntut bayaran kedua-dua cukai tersebut sedangkan rakyat amat terkesan akibat Covid-19.

Keadaan penduduk semakin tertekan, kerana jika lewat membayar kepada PBT, mereka akan dikenakan penalti dalam bentuk wang. Sekiranya masih lagi ingkar, barangan mudah alih akan disita.

Dalam pada itu, jika pemilik tanah masih ingkar untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah, pihak pentadbir tanah boleh merampas tanah terbabit dan menjadikannya hak kerajaan negeri.

Jika PBT dan PDT bimbang hasil cukai yang digunakan bagi menyelenggara kemudahan awam menurun, mereka mungkin boleh memikirkan untuk memberi moratorium (penangguhan bayaran) bagi tempoh tertentu.

Ini bermakna cukai tetap dibayar, cuma kutipan ditangguhkan buat sementara waktu.

DIN BERAMBOI
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya