Pemimpin Melayu cakap bahasa rojak - Utusan Malaysia

Pemimpin Melayu cakap bahasa rojak

Barisan kepimpinan negara wajar mengangkat semula martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan diagungkan oleh setiap lapisan masyarakat. – GAMBAR FACEBOOK Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGGUNAAN bahasa Melayu dalam kalangan rakyat seperti dipinggirkan. Apa tidaknya apabila barisan pimpinan yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat kerap kali menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa rojak.

Perkara ini sudah disedari selepas pimpinan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semakin ramai dalam kalangan pemimpin UMNO pada ketika itu mula menggunakan bahasa rojak dan mengagungkan bahasa Inggeris.

Sedangkan sebelum itu, Perdana Menteri dan menteri-menterinya berusaha memperkayakan bahasa Melayu dengan mencari istilah bahasa asing seperti bahasa suku Minangkabau ‘dicedok’ untuk dijadikan bahasa Melayu. Bukannya sekadar menterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan hanya menukar ejaan, Contohnya, Central dieja Sentral.

Sebelum pentadbiran Abdullah, nama tempat dan pelabuhan ditukar kepada bahasa Melayu, seperti Port Klang digantikan Pelabuhan Klang, Central Market ditukar kepada Pasar Seni. Selepas era Abdullah, nama asal Pudu Raya ditukar ke bahasa Inggeris, Pudu Sentral. Hanya ejaan ditukar ke bahasa Melayu.

Bukan sahaja UMNO, malah hampir semua pemimpin lebih selesa menggunakan istilah bahasa Inggeris termasuk di Selangor yang memilih nama aplikasi menggunakan bahasa penjajah seperti Smart Selangor. Bukankah lebih baik jika menggunakan Sejahtera Selangor ataupun Bergaya Selangor?

Di Melaka pula, istilah Melaka River sepatutnya di -Melayukan sebagai Sungai Melaka.

Tidak guna kita merintih, marah, benci ibarat meludah ke langit terkena batang hidung sendiri apabila barisan pimpinan negara tidak mahu mermartabatkan bahasa ibunda.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya