Pembalakan punca zoonotik? - Utusan Malaysia

Pembalakan punca zoonotik?

Aktiviti pembalakan menyebabkan haiwan menjadi tertekan dan akhirnya mengeluarkan virus berbahaya atau bakteria dalam badan mereka, seterusnya boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini kecoh mengenai penyakit kategori zoonotik melibatkan haiwan, termasuk beberapa pandangan mengenai perkara itu heboh diperkatakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah juga pernah memuat naik hantaran mengenai perkara itu pada 2018. Antaranya menjelaskan zoonotik merupakan penyakit berjangkit yang boleh menular antara spesies daripada haiwan kepada manusia dan sebaliknya.

Malah Utusan Malaysia pada 27 Januari lalu memetik kenyataan Predict, iaitu satu kerjasama dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) dengan pakar penyakit berjangkit global, sebanyak 75 peratus penyakit baharu yang menyerang manusia ketika ini berasal daripada haiwan.

Sebanyak 1,200 zoonotik baharu atau penyakit yang disebabkan oleh haiwan dikesan. Malahan para saintis menganggarkan kira-kira 700,000 penyakit zoonotik masih belum dikenal pasti.

Ekoran itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz menggesa kerajaan mengeluarkan perintah menghentikan sebarang aktiviti pembalakan. Ini kerana aktiviti pembalakan menyebabkan haiwan menjadi tertekan dan akhirnya mengeluarkan virus berbahaya atau bakteria dalam badan mereka, seterusnya boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia.

Jika benar seperti yang didakwa, adalah wajar pembalakan di negara ini di berhentikan agar haiwan di hutan tidak terasa terancam, sekali gus memberi manfaat kepada manusia.

WANDA. A
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya