Pekerja ada gejala Covid-19 bebas bertugas di pasar raya - Utusan Malaysia

Pekerja ada gejala Covid-19 bebas bertugas di pasar raya

Anggota penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja meneliti dokumen seorang pekerja warga asing dalam operasi, baru-baru ini. – GAMBAR HIASAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini, saya menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan sebuah pasar raya di Klang, Selangor yang membenarkan kakitangannya bekerja walaupun terdapat simptom Covid-19.
Pekerja yang terdiri daripada warga asing itu dilihat dalam keadaan mencurigakan. Amat mengecewakan apabila majikan tidak membawa mereka ke klinik untuk membuat ujian kesihatan.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik perniagaan di sekitar Jalan Batu 3 Lama, Padang Jawa dan di pekan Meru yang melanggar arahan kerajaan serta memandang ringan soal kebajikan pekerja dan kesihatan orang awam.

Kementerian Kesihatan dengan bantuan agensi penguat kuasa perlu mengadakan operasi ke pasar raya untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat pekerja asing. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan denda, tutup operasi dan diarahkan membiayai kos rawatan pekerja.

Selain itu, kerajaan juga diminta mempertimbangkan menggunakan khidmat sukarelawan seperti St. John Ambulance, hospital swasta dan pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan dalam operasi tersebut bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk Klang.

ARMIZI MOHD. ATAN
Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya