PdPR: Guru tak boleh ‘ikut buku’ sahaja - Utusan Malaysia

PdPR: Guru tak boleh ‘ikut buku’ sahaja

Dua guru membuat rakaman video bagi melengkapi modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – GAMBAR HIASAN/Shahir Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA ini masyarakat terutama pelajar dan ibu bapa bukan sahaja bergelut dengan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan tetapi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR) yang merunsingkan mereka.

Saya berharap guru serta ibu bapa dapat menangani norma baharu ini dengan bijak tanpa membebankan kedua-dua pihak.

Ekoran rungutan segelintir ibu bapa mengenai tahap kelajuan internet dan keadaan komputer menjadi perlahan ketika memuat turun dokumen pembelajaran, saya berpandangan, guru perlu menjadi pemudah cara supaya pelajar dapat terus mengakses bahan.

Ini kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membeli pakej data internet yang tinggi. Oleh itu, seorang guru tidak boleh hanya terlalu bergantung sepenuhnya kepada bahan dalam internet untuk diakses oleh pelajar. Sebaliknya, wujudkan bahan sendiri yang mudah difahami oleh pelajar tanpa memerlukan data yang banyak untuk dimuat turun.

Sepanjang PdPR ini, saya melihat guru lebih banyak memuat naik bahan pembelajaran secara bulat-bulat sama ada nota atau video sudah semestinya memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

Guru perlu bijak dalam mengadaptasi masalah pelajar dan ibu bapa.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan cara offline dalam menyediakan bahan pengajaran yang berbentuk nota. Guru boleh membuatnya dan meletakkan bahan pengajaran tersebut di pondok sekolah sebagai pusat pengumpulan bahan bagi pelajar yang tidak memiliki akses internet, tidak mampu membeli data dan tidak berkemampuan membeli gajet.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya