Orang bandar lebih ramai sakit mental - Utusan Malaysia

Orang bandar lebih ramai sakit mental

Persekitaran kawasan perumahan yang baik dari segi kejiranan, perkhidmatan awam dan infraskutur mampu membentuk gaya hidup seimbang. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA sedang melalui proses perbandaran yang pesat dengan 77.2 peratus penduduk tertumpu di kawasan bandar pada tahun lalu. Corak pertumbuhan ini dijangka meningkat kerana migrasi penduduk luar bandar memilih tinggal di bandar atas pelbagai alasan. Antaranya peluang pekerjaan dan kehidupan di bandar yang serba-serbi lengkap.

Tidak dinafikan, kehidupan moden dikelilingi bangunan tinggi pencakar langit menjadi kawasan menarik untuk didiami, lebih-lebih lagi dilengkapi kawasan perumahan dan perkhidmatan yang berkualiti. Namun, ia tersirat kesan sampingan gaya hidup tidak seimbang dan tekanan yang boleh membawa kesan buruk pada tubuh dan kesihatan dalam jangka panjang.

Mengikut kajian University College London pada 2019, kadar kemurungan adalah 20 peratus lebih tinggi di bandar berbanding luar bandar.

Kajian pada 2020 mendedahkan, penyakit mental merupakan kedua tertinggi di Malaysia yang menyebabkan hilang upaya. Antara impak kesihatan mental yang dikenal pasti dalam kalangan penduduk bandar adalah kemurungan, gemuruh dan tekanan.

Justeru, perancangan mestilah bersifat holistik agar bandar yang didiami sesuai untuk dihuni dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan supaya dapat memperbaiki kesihatan mental secara menyeluruh.

TPR. Dr. MARLYANA AZYYATI MARZUKHI
Pensyarah Kanan
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN