Muda beri pilihan kepada anak muda - Utusan Malaysia

Muda beri pilihan kepada anak muda

KEMUNCULAN Muda perlu dilihat dari sudut positif dan diterima dengan hati terbuka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MANA-MANA pihak tidak perlu takut dengan kemunculan parti politik baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kemunculan Muda perlu dilihat dari sudut positif dan diterima dengan hati terbuka khususnya bagi mengukuhkan perjalanan proses demokrasi di negara kita.

Ini membolehkan rakyat khususnya generasi muda mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengundi ahli politik yang sesuai bagi mewakili mereka.

Penghargaan harus diberikan kepada Syed Saddiq dan barisan penaja Muda kerana bukan mudah menubuhkan parti baharu disebabkan perlu menempuh pelbagai halangan termasuk pendaftaran tidak diluluskan oleh sebab teknikal seperti yang berlaku sekarang.

Selain itu, sumber kewangan banyak juga diperlukan bagi menjalankan segala aktiviti.

Untuk kekal berjaya dalam dunia politik, sesebuah parti perlu ada matlamat yang jelas. Barisan kepimpinan perlu dipilih melalui undian, bukan dilantik sesuka hati.

Sebagai sebuah negara berbilang etnik, penyertaan ahli dalam kalangan pelbagai kaum dan agama harus diberi penekanan supaya parti politik baharu berkenaan dapat kekal relevan.

Kepimpinan parti perlu terdiri dalam kalangan yang benar-benar bersih dan tidak memiliki rekod buruk. Proses pengisytiharan harta setiap pemimpin perlu dilakukan pada setiap masa.

Paling penting, setiap individu yang ingin berjuang dalam politik perlu benar-benar ikhlas berbuat demikian demi rakyat dan negara serta sanggup mengambil langkah tidak popular demi kebaikan bersama.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya