SAUDARA PENGARANG,
Kejam dan tidak berperikemanuasiaan terhadap seekor kucing bunting bernama Cantik baru-baru ini amat dikesali.
Kucing tersebut ditemui mati dengan keempat-empat kakinya dikerat oleh pemiliknya, Mur Salina Junaidi, 20, dalam sebuah kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.
Ekoran tindakan kejam itu, Mur Salina membuat laporan polis di Balai Polis Gombak dan kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar untuk siasatan lanjut.
Perbuatan menganiaya haiwan peliharaan ini amat dikesali. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas serta hukuman berat ke atas mereka yang bertindak kejam.
Paling menyedihkan, Cantik yang sedang bunting hanya menunggu masa untuk melahirkan anak. Saya meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan lanjut.
ZULKIFLI YUSUF
Aktivis Alam Sekitar
Bayan Baru, Pulau Pinang