#KitaJagaKita melalui vaksinasi - Utusan Malaysia

#KitaJagaKita melalui vaksinasi

SEMUA golongan harus menerima suntikan vaksin sekiranya mahu kembali ke norma kehidupan biasa. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN memperuntukkan pembelian vaksin Covid-19 dengan anggaran 40 peratus penduduk divaksinkan sepanjang 2021.

Namun, langkah mempertingkatkan pemberian vaksin sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk bagi mencapai imuniti kelompok wajar dipercepatkan sekiranya kita mahu kembali ke norma kehidupan biasa.

Namun, isu utama yang dihadapi adalah penolakan vaksin oleh masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti penolakan vaksin sebagai satu daripada ancaman kesihatan global kerana tindakan itu adalah antara faktor utama kemunculan semula pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Bukan golongan antivaksin sahaja wujud di negara kita. Terdapat juga golongan yang masih was-was untuk mengambil vaksin walaupun mereka tidak menolak keberkesanannya.

Dengan semangat #KitaJagaKita, adalah penting semua pihak termasuk golongan antivaksin sama-sama berjiwa besar dan berfikiran lebih jauh dalam usaha melawan pandemik ini.

Kita tiada pilihan yang banyak melainkan masing-masing turut serta melakukan promosi kebaikan pengambilan vaksin untuk menyekat penyebaran penyakit berjangkit.

IBN SAAD
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya