Jenguk kebajikan penghantar makanan - Utusan Malaysia

Jenguk kebajikan penghantar makanan

Infografik pendapatan diterima oleh penghantar makanan sebuah restoran makanan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Bagi saya, semangat penghantar makanan berdikari dan bersusah payah setiap hari untuk menyara keluarga patut disanjungi.

Bangga melihat semakin ramai belia yang menganggur dalam tempoh penularan Covid-19 menyertai bidang kerja ekonomi gig sebagai penghantar makanan.

Namun, majikan juga perlu diingatkan supaya tidak mengenakan peraturan yang dilihat zalim termasuk mengurangkan komisen tanpa berbincang dengan penghantar makanan dengan alasan tidak mencapai jumlah trip ditetapkan. Tindakan majikan ini kadangkala tidak mengambil kira faktor persekitaran seperti jarak, trafik, cuaca dan peraturan jalan raya.

Ada sebuah syarikat pengendali restoran makan segera mengenakan kadar gaji yang rendah dalam tempoh pandemik ini.

Selama enam bulan berturut-turut, mereka mengejar elaun makan RM50 dan elaun minyak RM50 bagi menambah pendapatan berikutan jumlah komisen yang diterima sedikit. Bukan sahaja penghantar makanan, krew restoran juga difahamkan terbeban dengan kadar gaji baharu.

Selain itu, aplikasi yang mereka gunakan sudah tidak sesuai dengan peredaran semasa sekali gus menambahkan tekanan sewaktu bekerja.

Majikan juga tidak menyediakan suasana selamat untuk penghantar makanan sewaktu menunggu tempahan. Ini kerana mereka berkumpul di depan restoran tanpa penjarakan sosial, sekali gus boleh menjadi punca penularan Covid-19.

Sehubungan itu, kerajaan disaran menggubal segera garis panduan untuk penghantar makanan supaya kebajikan golongan itu lebih terjamin.

Pada masa sama, pihak berwajib perlu sentiasa memantau dan memperbaiki keadaan jalan raya bagi mengelak berlaku kemalangan khususnya kepada penghantar makanan.

BAPA KEPADA ANAK YANG SETIA MENJADI RIDER

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya