Hakisan tanah berlaku di luar sempadan rentis TNB - Utusan Malaysia

Hakisan tanah berlaku di luar sempadan rentis TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LAPORAN Utusan Malaysia bertarikh 16 Februari 2021 di ruangan Forum bertajuk Runtuhan cerun ancam nyawa kami dirujuk.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum isu yang dibangkitkan mengenai kejadian hakisan tanah berhampiran kawasan rentis (right of way) TNB di Taman Dataran Kinding SS1, Tanjung Rambutan, Perak.

Untuk makluman, kejadian hakisan itu berlaku akibat kerosakan tembok penahan cerun yang dibina oleh pihak pemaju perumahan di garisan sempadan rentis TNB. Jarak menara penghantaran dengan kawasan hakisan adalah kira-kira 70 meter.

Siasatan TNB mendapati kejadian hakisan itu tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap integriti struktur menara tersebut dan ia berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, TNB akan mengadakan perbincangan bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan pihak pemaju bagi mengenalpasti tindakan selanjutnya bagi membantu menyelesaikan isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian TNB CareLine 15454 sekiranya terdapat sebarang kejanggalan kepada pepasangan TNB.

TENAGA NASIONAL BERHAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN