Guna televisyen dengar radio jadi trend - Utusan Malaysia

Guna televisyen dengar radio jadi trend

Kajian mendapati sebanyak 94 peratus penduduk Semenanjung mendengar radio. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA dahulu, masyarakat menggunakan televisyen untuk menonton drama kegemaran. Namun, kini peralatan tersebut digunakan pula bagi mendengar siaran radio pilihan.

Demikian hasil kajian Persatuan Radio Komersial Malaysia (CRM) menerusi bancian terkini dibuat yang mendapati berlaku pertambahan 12 peratus pendengar radio melalui televisyen.

Menurut persatuan itu, angka tersebut meningkat secara drastik untuk separuh kedua tahun lalu berbanding tempoh enam bulan pertama tahun sama.

Trend positif itu kemungkinan mulai popular apabila majoriti rakyat diarah bekerja dari rumah. Mereka mula menjadikan set televisyen di kediaman untuk mendengar radio.

Bagi pelanggan siaran berbayar satelit Astro, mereka mampu mendengar 25 saluran radio termasuk 11 stesen teresterial FM milik syarikat penyiaran itu menerusi set televisyen.

Sementara bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang mengikuti 17 saluran televisyen percuma melalui dekoder digital teresterial MYTV turut berpeluang mendengar siaran 14 saluran radio tempatan.

Namun, bagi stesen radio FM yang tidak dapat didengar menerusi televisyen, operatornya memperluaskan liputan siaran melalui kaedah platform digital termasuk dalam laman media sosial.

Strategi inovasi itu ternyata berjaya apabila laporan CRM menunjukkan ada pertambahan 25 peratus pendengar untuk separuh kedua 2020 berbanding bagi tempoh enam bulan pertama tahun lepas.

Kajian oleh firma terkenal, GfK yang berpusat di Singapura pula mendapati, 94 peratus penduduk di Semenanjung mendengar radio dengan 20.3 juta orang mengikuti secara purata 13 jam 44 minit seminggu.

AMREE AHMAD
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya