Gesa kerajaan pantau arkib CIA, FBI - Utusan Malaysia

Gesa kerajaan pantau arkib CIA, FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGUMUMAN kerajaan pada tahun lalu bagi menubuhkan Pusat Analitik Data Raya Negara bagi memastikan setiap perancangan dan dasar berlandaskan analisis data perlu disambut baik oleh semua pihak.

Difahamkan, pusat berkenaan akan dikendalikan oleh pakar-pakar dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Bagaimanapun, saya berharap peranan pusat terbabit diperluaskan untuk tidak hanya menganalisis data dari sumber tempatan bagi menambah baik dasar kerajaan, sebaliknya harus meneliti data didedahkan oleh pihak asing terutama yang berguna untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencipta teknologi baharu.

Oleh itu, kakitangan di situ harus diperluaskan melibatkan profesor universiti supaya mereka mendapat maklumat baharu untuk melakukan R&D.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat adalah antara agensi asing yang sejak akhir-akhir ini aktif mendedahkan maklumat yang boleh diperoleh dalam arkib digital https://www.cia.gov/readingroom/ dan https://vault.fbi.gov/. Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 1,129 dokumen telah didedahkan oleh CIA.

Antara maklumat yang menarik adalah pendedahan FBI mengenai pelbagai teknologi canggih yang dicipta oleh penemu arus elektrik ulang-alik (AC), Nikola Tesla. Sebelum ini, semua hasil ciptaan beliau telah dirampas oleh agensi itu dan dijadikan hak milik negara.

EJEN 007
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya