Covid-19: Wajar gantung Parlimen - Utusan Malaysia

Covid-19: Wajar gantung Parlimen

Peningkatan kes pandemik Covid-19 mungkin akan meningkat di negara ini sekiranya kerajaan masih membenarkan sidang Parlimen berlangsung. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, boleh dikatakan hampir setiap hari menunjukkan peningkatan kes Covid-19 di negara ini terutama Selangor.

Oleh kerana peningkatan kes, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak memastikan pilihan raya umum tidak diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itu termasuk tidak akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK) selain menggantung persidangan Parlimen bagi tujuan membendung penularan jangkitan Covid-19.

Bayangkan, sekiranya Parlimen tidak digantung, sudah tentu ahli-ahli Dewan datang ke ibu negara untuk menghadiri sidang tersebut. Selesai menjalankan tugas, mereka akan pulang semula ke kawasan masing-masing dengan merentas sempadan negeri.

Apabila perkara itu berlaku, tidak mustahil pergerakan keluar masuk ahli Parlimen menjadi punca peningkatan kes Covid-19.

Selain itu, ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan gemar berhujah dengan niat mengaibkan seseorang. Kadangkala hujah yang disampaikan lari daripada isu yang sedang dibahaskan.

Terdapat ahli Parlimen berbangsa Melayu yang ketika awal sesi perbahasan menggunakan bahasa Melayu, namun apabila tidak dapat menangkis hujah, mereka lebih selesa berbahas menggunakan bahasa Inggeris. Ia memberi gambaran seolah-olah ahli Parlimen tersebut hebat pendidikannya sehingga menggunakan bahasa penjajah.

Sepatutnya sebagai ahli Parlimen Melayu, mereka harus berasa malu. Ini kerana mereka merupakan contoh kepada masyarakat yang sewajarnya mengangkat martabat bahasa ibunda, sekali gus menjadi teladan kepada anak bangsa.

Tindakan segelintir pemimpin yang gemar beraksi seperti gengster dengan menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan tidak patuh pada peraturan Parlimen juga memberi imej buruk kepada negara dan memungkinkan mereka menjadi bahan gurauan kepada duta-duta asing yang berada di negara ini.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya