SAUDARA PENGARANG,
MENJAGA silaturahim amat dituntut dalam Islam, malah ia perkara baik bagi mengeratkan ukhuwah antara rakan lama yang tidak lagi berhubung.
Melalui pelbagai teknologi sedia ada, proses menjalin semula persahabatan yang telah terpisah lama tidak lagi menjadi masalah, bahkan lebih mudah walaupun berjauhan.
Sejak 1982, saya tidak lagi bertemu dengan rakan-rakan sekelas dan guru sehingga menerbitkan rasa rindu setiap kali teringat kenangan ketika zaman persekolahan.
Rasa rindu itu menjadi alasan utama saya untuk mencari beberapa kenalan dan guru agar ikatan persahabatan boleh dijalin semula walaupun terdapat kemungkinan mereka telah berhijrah.
Oleh itu, saya mencari rakan-rakan kelas 6A tahun 1982 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alur Lintah, Jerteh, Terengganu untuk kembali menjalinkan persahabatan dan pada masa sama merancang untuk mengadakan pertemuan pada Disember nanti.
Beberapa kenalan, rakan dan guru telah berjaya dihubungi, namun beberapa lagi masih tidak mendengar khabar. Justeru, sekiranya guru, Fathiyah Yusof, Ustaz Latiff dan tiga lagi rakan antaranya Wazime Idris dan beberapa rakan lain boleh menghubungi saya di talian 017-9187655.
Semoga usaha menjejak rakan dan guru ini dapat menghilangkan kerinduan, sekali gus mengeratkan silaturahim antara bekas guru dan murid.
WAN NOOR LIA WAN AHMAD
Besut, Terengganu