Buku Tinggal Kenangan cerita sejarah kapal Vivian & Sons? - Utusan Malaysia

Buku Tinggal Kenangan cerita sejarah kapal Vivian & Sons?

Buku bertajuk Tinggal Kenangan - Memoir Dato’ Sir Mahmud Mat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kemungkinan berkisar tentang kapal Vivian & Sons berdasarkan jalan ceritanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini Utusan Malaysia menyiarkan mengenai bangkai sebuah kapal ditemukan terdampar di tepi Sungai Lipis berhampiran Kampung Pagar Lama di Penjom, Lipis, Pahang.

Bangkai kapal Vivian & Sons yang dikatakan dibina sekitar 1800-an itu hanya ditemukan seminggu selepas banjir surut kerana dilitupi sampah tebal.

Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Aripin Said, terdapat dua tokoh Pahang pernah menaiki kapal tersebut dari Pekan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1903.

Bagi yang mahu mengetahui cerita sejarah itu, boleh membaca penulisan bertajuk Tinggal Kenangan – Memoir Dato’ Sir Mahmud Mat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau ke MCKK pada 1909 dengan menaiki kapal wap milik Syarikat Straits Steamship dari Pekan ke Singapura. Pun begitu, tidak disebut kapal itu bernama Vivian & Sons.

Pelayaran dari Singapura ke Telok Anson (Telok Intan) pula mereka menaiki kapal wap SS Selangor dan singgah di Port Dickson dan Port Swettenham (Pelabuhan Klang). Pelayaran mengambil masa selama dua hari itu boleh dirujuk dalam buku tersebut.

AZ-ZAWAWI
Sekinchan, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya