SAYA dan kakak-kakak suka bergurau. Sebagai adik bongsu, saya sering diusik oleh kakak-kakak semasa kecil. Setelah besar, saya pula yang lebih kerap mengusik mereka. Suasana menjadi lebih meriah apabila kami dapat berkumpul bersama anggota keluarga lain termasuk ayah, ibu, atuk dan nenek. Kini atuk, nenek dan ayah telah pergi meninggalkan kami. Namun, kenangan bergurau-senda bersama mereka sentiasa segar dalam ingatan. Sehingga kini, masih terngiang-ngiang di telinga suara mereka mengusik saya. Setiap kali melihat kami adik-beradik bergurau senda sambil ketawa terbahak-bahak, atuk akan menegur supaya berpada-pada dalam berseronok. Pesan atuk, jangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya