Apa salah UMNO tanding kerusi asal? - Utusan Malaysia

Apa salah UMNO tanding kerusi asal?

TIGA wakil rakyat UMNO (duduk dari kiri) Rosleli Jahari (Johor Lama), Rasman Ithnain (Sedili) dan Alwiyah Talib (Endau) yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2018. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang kini dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Jadi, tidak salah jika UMNO hendak meletakkan calon bertanding di kawasan asal setelah wakil rakyat sedia ada bertindak melompat ke Bersatu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berilah peluang kepada calon UMNO. Ada rezeki pasti mendapat kemenangan. Prinsip inilah yang sentiasa dipegang oleh setiap calon parti politik selepas negara mencapai kemerdekaan.

Perkara sama turut diamalkan oleh pemimpin PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Semuanya ingin mendapatkan kuasa. Yang mustahak, masuk bertanding. Sikap tamak perlu ada dalam diri orang politik dan tidak perlu ada perasan malu.

Kalau masuk politik dan tiada cita-cita hendak menjadi wakil rakyat, lebih baik tidak menyertai mana-mana parti.

Hanya mereka yang pandai bermain politik akan merasai nikmat bila memperoleh kemenangan dan apabila tidak berpuas hati dengan masalah dalaman parti, mereka akan bertindak melompat parti untuk meneruskan hidup.

Kepada calon yang menang dalam PRU-15 nanti diucapkan syabas dan yang kalah pula jangan putus asa.

ABD. RAZAK OSMAN
Sungai Petani, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya