Ambil tahu harta pusaka - Utusan Malaysia

Ambil tahu harta pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARTA pusaka yang ditinggalkan oleh si mati terdiri daripada harta alih merangkumi wang tunai, kenderaan, insurans dan barang kemas manakala harta tidak alih termasuk tanah dan kepentingan hak atau faedah daripadanya.

Secara umum, bidang kuasa menguruskan permohonan dan pembahagian harta pusaka terletak kepada tiga agensi iaitu Pejabat Tanah, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Mahkamah Tinggi Sivil.

Sebelum membuat permohonan mengagihkan harta pusaka, perlu dikenal pasti harta terbabit terletak di bawah bidang kuasa siapa.

Sekiranya harta tidak alih sahaja atau bersekali dengan harta alih yang nilaiannya di bawah RM2 juta dan tidak mempunyai wasiat, waris boleh memfailkan permohonan di Pejabat Tanah.

Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta bagi harta alih dan tidak alih serta mempunyai wasiat, permohonan pusaka boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi Sivil.

Sementara itu, harta pusaka yang melibatkan harta alih sahaja dan nilaiannya kurang daripada RM600,000, pemohon boleh membuat tuntutan dengan ARB.

DR. FATIN AFIQAH MD. AZMI
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya