Alat pemancar kita ketinggalan zaman - Utusan Malaysia

Alat pemancar kita ketinggalan zaman

MOHAMMAD Saiful Izwan Mohamad Hilmi memasang penghala WiFi di atas pokok untuk mendapat capaian internet lebih baik di hadapan rumahnya di Kampung Tembak B, Baling, Kedah. – UTUSAN/NORLIDA AKMAL IDROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk Mengapa internet di bukit lebih baik?

Isu mengenai capaian internet bukanlah perkara baharu di Malaysia. Sebelum ini ia melibatkan orang perseorangan dan tidak diuar-uarkan sehingga sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan menyebabkan ia mendapat liputan meluas.

Norma baharu pembelajaran menyebabkan isu ini berbangkit dan menjadi besar apabila terdapat pelajar yang terpaksa memanjat bukit dan masuk ke hutan semata-mata untuk mendapatkan liputan internet yang memuaskan.

Pada masa sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu, 87 peratus kawasan di seluruh negara mendapat liputan internet. Dalam merungkai kemelut capaian internet, diharapkan pihak yang mempunyai kepakaran khususnya dalam bidang komunikasi dan institusi pendidikan tinggi membuat kajian berhubung masalah ini dan mengesyorkan langkah terbaik menanganinya.

Pada pandangan saya, liputan internet memerlukan pembaikan dan pelaburan seperti alat pemancar yang didirikan perlu dibuat lebih tinggi kerana topografi terutama kawasan pedalaman agak berbukit dan hutan yang tebal kemungkinan menghalang dan menyekat capaian internet.

Selain itu, kekuatan pancaran gelombang internet juga perlu dibuat kajian supaya boleh digunakan walaupun dalam musim hujan.

Difahamkan, kebanyakan alat pemancar di negara ini sudah ketinggalan zaman iaitu masih bertaraf 2G dan 3G yang tidak sesuai dengan peranti yang memiliki 4G dan 5G .Tidak salah jika pemain industri telekomunikasi melabur untuk meningkatkan kelajuan internet sesuai dengan situasi semasa.

Justeru, SKMM harus mempunyai pelan jangka pendek dan panjang supaya masalah ini dapat diperbaiki dan diperkasakan terutama dalam situasi penularan Covid-19 yang menuntut penggunaan internet dalam kalangan pelajar.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya