SAUDARA PENGARANG,
BENCANA alam dan situasi kecemasan tidak boleh dijangkakan, namun langkah proaktif perlu diambil sekiranya perkara tersebut berlaku.
Sehubungan itu, pengamal radio amatur mengaktifkan Stesen Bantuan Komunikasi untuk mengumpul maklumat bencana seperti banjir di seluruh negara bertempat di Seri Kembangan, Selangor.
Pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari dengan inisiatif Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dengan kerjasama Tacticom Communication Malaysia.
Tujuan utama penubuhan stesen tersebut sebagai alternatif sekiranya berlaku masalah komunikasi baik pada masa kecemasan atau hari biasa.
MARTS dengan pihak-pihak berkuasa seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kelab Radio Tempatan Amatur.
Pada masa kini, Taticom Communication menyediakan stesen dan kelengkapan komunikasi yang diperlukan.
Pengamal Radio Amatur
Seri Kembangan, Selangor