Penduduk Sena terima penghargaan daripada ADUN - Utusan Malaysia

Penduduk Sena terima penghargaan daripada ADUN

Arfan (depan kanan) berjaya menempatkan diri di dalam pasukan bola sepak remaja Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIGA penduduk Sena, Perlis baru-baru ini menerima anugerah penghargaan atas kejayaan mereka dalam pelbagai bidang, sekali gus menjadi dorongan untuk masyarakat di situ untuk terus berjaya pada masa depan.

Anugerah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil pada 22 Disember lalu.

Pesara Mahkamah Tinggi Kangar, Ahmad Abdullah, 69, menerima anugerah kerana sumbangan besar selain menjadi idola kepada anak-anak muda.
Noor Ariff Ahmad pula menerima penghargaan untuk dua anaknya.

Puteri Nabila, 13, terpilih selepas mendapat kedudukan terbaik 10 pelajar dalam peperiksaan A-level sekali gus ditawarkan melanjutkan pengajian di Temasik Polytechnic, Singapura.

Adiknya, Arfan pula berjaya menempatkan diri dalam pasukan pelapis bola sepak Singapura. Arfan bermain di posisi penyerang bersama pasukan remaja Singapura di bawah kendalian jurulatih Fandi Ahmad dan pelatih dari England.

Pencapaian kedua-dua anak muda itu membuktikan walaupun Perlis negeri terkecil dan terletak di utara tanah air, namun peluang mencipta nama terbuka luas.

Dalam pada itu, pejabat ADUN Sena mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai sekiranya terdapat individu yang berjaya mencipta nama dengan menghubungi talian 011-59039860 atau 011-71103499.

SAMSUDIN OLI MOHAMED
Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya