SAUDARA PENGARANG,
KEADAAN jambatan di Kampung Parit Samion, Batu Pahat, Johor, yang menjadi laluan utama penduduk amat sempit dan boleh mengundang bahaya kepada kenderaan yang melaluinya.
Malah, laluan tersebut yang dibuka dua hala mendatangkan risiko tinggi kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
Tiang besi jambatan juga senget dan boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja.
Kami sebagai penduduk mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya jambatan tersebut dilebarkan dengan tambahan tujuh kaki atau 2.1 meter lagi kerana laluan sedia ada terlalu sempit dan menyukarkan pengguna terutama ketika berselisih dengan kenderaan lain.
Begitu juga ketika waktu puncak apabila ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.
MISKAM JASMAN
Parit Samion, Batu Pahat, Johor