Minta MBPJ tambah petak kuning - Utusan Malaysia

Minta MBPJ tambah petak kuning

DERETAN kenderaan (kanan) yang diletakkan di kawasan yang tidak mempunyai petak kuning. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berharap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menambah bilangan petak kuning bagi menandakan lot-lot kenderaan di bawah jambatan bersebelahan Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Berdasarkan pemerhatian saya, banyak kawasan kosong yang masih boleh dijadikan petak meletak kenderaan di situ. Kawasan lain adalah di sepanjang jalan raya bersebelahan Wisma MCIS yang kini sedang rancak dengan projek pembinaan PJ Sentral.

Saya menjangkakan berlaku masalah untuk meletakkan kenderaan pada masa depan kerana terdapat banyak syarikat akan berpindah ke kawasan itu bermula awal 2021 berikutan kedudukan yang strategik dan banyak bangunan baharu dibina di situ.

Oleh itu, saya mencadangkan penguat kuasa MBPJ tidak mengeluarkan saman trafik jika kenderaan terbabit tidak menghalang lalu lintas walaupun tidak diletakkan dalam petak kuning.

Ketika penduduk tertekan dengan pelbagai kesusahan yang timbul akibat pandemik Covid-19, apa salahnya MBPJ tidak memberikan tekanan tambahan dengan mengeluarkan saman sesuka hati terhadap pemandu kereta yang sudah hilang ikhtiar mencari tempat meletak kenderaan.

EKSEKUTIF MUDA
Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN