SUATU hari pada 2017 ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berbual-bual sambil mendengar radio di dalam kereta. Tiba-tiba berkumandang sebuah lagu pop Latin yang sangat sedap didengar, lantas menarik perhatian kami. Muziknya rancak, irama menyenangkan dan nyanyian yang bagus. Sambil berbincang mengenai lagu itu, arwah ayah mengingatkan kami supaya menyemak dahulu maksud seni katanya. Sejak kecil, ayah mengajar kami supaya berhati-hati dalam memilih lagu yang mahu kami dengar atau nyanyi. Banyak lagu merdu yang muziknya menarik, namun seni katanya mungkin membawa maksud negatif. Itulah kali pertama saya mendengar lagu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya