Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan makin sesak - Utusan Malaysia

Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan makin sesak

Pesakit terpaksa menunggu giliran di kaki lima klinik ekoran ruang menunggu yang terhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 1979 hingga sekarang, keadaan Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan tiada perubahan dari segi tempat, bangunan dan kemudahan.

Hanya terdapat dua bilik untuk kemudahan doktor, itu pun terpaksa berkongsi dengan beberapa doktor lain.

Tempat menunggu juga sempit hingga menyebabkan pesakit terpaksa menunggu di kaki lima bangunan yang tidak selesa.

Selain itu, tempat letak kenderaan yang amat terhad turut menjadi masalah dan pesakit terpaksa meletakkan kereta jauh dari klinik.

Semoga Kementerian Kesihatan mengambil berat mengenai masalah ini demi keselesaan orang ramai dan pesakit yang datang untuk mendapat rawatan di klinik tersebut.

Jumlah penduduk di daerah Tanjung Rambutan semakin meningkat dan pembukaan kawasan-kawasan perumahan yang baharu sekali gus menjadikan klinik kesihatan itu sebagai pilihan utama orang ramai terutama ibu mengandung dan kanak-kanak.

Sebuah klinik kesihatan baharu perlu dibina di kawasan berhampiran dengan bangunan dan fasiliti yang lebih moden demi keselesaan kakitangan kesihatan serta pesakit. Tempat yang selesa dapat memberi kesihatan yang baik.

ABDUL AZIZ ALI
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya