Sejak 13 Januari lalu, kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri kemudian ditambah dan diluaskan kepada semua negeri kecuali Sarawak. Cuma kali ini kerajaan tidak mengenakan peraturan PKP yang ketat seperti pertama kali pada 18 Mac tahun lalu. Ya, kita dibelenggu di rumah. Kita tidak boleh beriadah kecuali joging. Tetapi lebih ramai yang boleh bekerja berbanding yang pertama dahulu. Jadi, apabila kita ke pusat beli-belah misalnya, masih banyak kedai yang dibuka meskipun jumlah pelanggan sangat berkurangan. Ini selaras dengan kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tidak menggalakkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya