PADA Khamis lalu, Dewan Negara meluluskan Belanjawan 2021 selepas bacaan kali ketiga tanpa sebarang ‘drama’ politik. Jauh berbeza dengan hiruk-pikuk di Dewan Rakyat. Suatu justifikasi serta bukti kematangan ahli-ahli Senator dalam menolak ideologi kepartian sempit dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan. Meskipun barangkali tiadanya ‘drama’ tersebut mengundang rasa kurang senang orkestra politik tertentu, tetapi sebenarnya itulah peranan Parlimen yang bersifat bicameral legislature. Dewan Negara menjadi pengimbang matang kepada keputusan Dewan Rakyat, menurunkan suhu politik kepartian dan membahaskan secara lebih neutral berpaksikan budi baik. Namun, sesuai dengan perjalanan masa,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya