Jangan pinggir OKU di luar bandar - Utusan Malaysia

Jangan pinggir OKU di luar bandar

Semua pihak termasuk orang ramai diminta tidak meminggirkan golongan OKU dengan membantu meringankan bebanan mereka. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN orang kurang upaya (OKU) tidak pernah diabaikan di negara ini, namun usaha membantu golongan tersebut perlu dilakukan secara berterusan kerana ia merupakan satu tindakan yang baik selain membolehkan mereka memberi sumbangan kepada negara.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU merupakan mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Pun begitu, terdapat beberapa aduan mengenai golongan OKU yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama kerajaan Pusat dan negeri dalam meringankan beban mereka dengan menyalurkan bantuan seperti sumbangan kewangan dan kaki palsu.

Langkah murni itu sekali gus membolehkan golongan OKU tidak rasa terpinggir dan diterima oleh masyarakat terutama bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Ini kerana nasib OKU di luar bandar kurang diberi perhatian dan tidak diambil peduli. Diharap semua pihak dapat membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental dan emosi.

Masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu golongan ini menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

MOHD. HAFIZAN
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya