Jangan abai SOP di tempat awam - Utusan Malaysia

Jangan abai SOP di tempat awam

Pemilik premis makanan hanya mengutamakan SOP ketika di pintu masuk tetapi tidak ketika di dalam premis. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KES Covid-19 semakin meningkat di semua negeri di Malaysia walaupun peringatan demi peringatan diberikan oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian tersebut, sebanyak 70 peratus jangkitan melibatkan rakyat tempatan dan 30 peratus warga asing.

Trend jangkitan melibatkan warganegara disebabkan kegagalan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis perniagaan dalam mengekang penularan wabak itu.

Berdasarkan pemerhatian saya, pematuhan SOP hanya melibatkan pemakaian pelitup muka tetapi penjarakan fizikal diabaikan terutama di premis makanan.

Kaunter pembayaran yang sedikit dan sempit di premis perniagaan menyebabkan pembeli berasak-asak untuk membayar. Peniaga sepatutnya mengambil berat dan cuba untuk mengelakkan terjadinya kontak rapat di premis perniagaan mereka.

Terdapat pasar raya hanya menyediakan sanitasi tangan di pintu masuk dan tidak disediakan di pintu keluar. Sikap tersebut secara tidak langsung mendedahkan pelanggan dan pekerja kepada jangkitan Covid-19 apabila menyentuh atau tersentuh objek di dalam kedai.

Malah, virus itu akan dibawa pulang ke rumah sekiranya tidak membersihkan diri sebelum menyentuh keluarga.

Walau apa pun, kesedaran kendiri amat penting dalam mengawal dan mengekang penularan wabak Covid-19 seperti membawa sendiri sanitasi tangan.

Pematuhan SOP perlu menjadi norma baharu dan bukannya sekadar dikuti sekiranya ada penguat kuasa.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya