BERCAKAP soal halal, sudah pasti kita terbayang logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mempunyai nilai amat besar kepada rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam. Pergilah ke mana restoran sekalipun, kita sering tercari-cari logo ini dan mahu melihatnya terlebih dahulu bagi memastikan premis yang dikunjungi itu memenuhi kehendak syariat. Biarpun terdapat beberapa premis yang meletakkan pelekat tertulis no pork, no lard, itu masih belum cukup menyakinkan bagi orang Islam yang mahu mencari makanan ataupun produk halal yang jauh dari perkara syubhah. Malah bagi yang bukan Islam, mereka yakin bahawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya