Ganti segera papan tanda jalan pudar - Utusan Malaysia

Ganti segera papan tanda jalan pudar

Papan tanda jalan yang pudar harus ditukar segera bagi mengelakkan kekeliruan. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

saya memohon Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggantikan papan tanda jalan yang pudar dan lusuh.

Papan tanda jalan yang dimaksudkan terletak di Jalan Cerun 8/1C, Seksyen 8.

Papan tanda tersebut harus diganti baharu dengan segera kerana menimbulkan suasana sakit mata memandang, malah menggelirukan pengguna jalan raya.

Sejujurnya, saya telah beberapa kali membuat aduan kepada MBSA tetapi masih tiada tindakan.

Aduan pertama dibuat dengan menghantar ciapan kepada Twitter MBSA @sacitycouncil, pada Khamis, 3 Disember tahun lalu. Ia diikuti aduan pada hari sama kepada Datuk Bandar Shah Alam,

Datuk Haris Kassim dan Sistem Pengurusan Aduan Awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SISPAA).

Tindakan susulan juga dibuat dengan menghantar e-mel sekali lagi kepada Datuk Bandar pada Khamis, 10 Disember lalu.

KAMARUDDIN HASSAN
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN