Bina gerai penjaja jeruk jalanan - Utusan Malaysia

Bina gerai penjaja jeruk jalanan

BERNIAGA di lampu isyarat pada waktu yang sibuk, amat membahayakan pengguna jalan raya. – GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK akhir-akhir ini, semakin banyak penjaja jalanan menjual pelbagai produk makanan di lampu isyarat jalan raya yang sibuk di seluruh negara. Jika sebelum ini, saya biasa lihat di luar negara seperti di Indonesia, tetapi kini merebak ke negara kita. Pelbagai jeruk mangga dan jambu serta makanan lain dijual oleh mereka.

Saya menyokong semangat dan inisiatif mereka untuk berniaga demi mencari rezeki yang halal. Cuma menjaja di lampu isyarat pada waktu sibuk, amat membahayakan pengguna jalan raya.

Mereka akan bergerak dari kereta ke kereta dan ada kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba. Hal yang sedemikian boleh menyebabkan kemalangan.

Saya juga bimbang keselamatan penjaja berkenaan. Jika berlaku kemalangan, adakah mereka mempunyai insurans? Sayang sekali orang muda seperti mereka menerima nasib malang kelak.

Saya ingin tahu apakah berniaga sedemikian memerlukan lesen atau kebenaran khas daripada pihak berkuasa? Saya rasa ramai pengguna juga mempunyai persoalan sama.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mewujudkan kios dan gerai untuk menempatkan peniaga terbabit. Dengan cara demikian, perniagaan mereka akan lebih teratur, selamat dan mudah didekati pembeli.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN