Bila agaknya tabiat pengotor dan jijik kita dapat berubah? - Utusan Malaysia

Bila agaknya tabiat pengotor dan jijik kita dapat berubah?

Sisa sampah yang dibuang berdekatan bahu jalan dan di perhentian bas di Jalan Batai, Taman Pulai Indah, Johor Bahru mengundang rasa marah orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP hari, tong sampah di perhentian bas di Jalan Batai, Taman Pulai Indah, Johor Bahru dipenuhi sampah sehingga mengundang kemarahan pengguna, penduduk dan peniaga di kawasan berhampiran.

Mereka yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sisi bahan binaan dan sampah sarap termasuk perabot lama di bahu jalan berdekatan perhentian bas tersebut.

Biarpun aduan dibuat kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), namun tindakan yang diambil hanya sekadar melakukan pembersihan sahaja.

Jika dilihat secara menyeluruh, langkah tersebut masih gagal untuk mendidik masyarakat kerana masih kerap berlaku pembuangan sampah di tempat sama, walaupun setiap rumah sudah disediakan tong sampah.

Oleh itu, saya menyarankan kepada pihak berkuasa supaya mengunakan teknologi untuk mengesan pelaku dengan memasang pengimbas pergerakan seperti yang digunakan dalam kajian pergerakan haiwan di dalam hutan. Tujuannya untuk mengesan pelaku dan mengambil tindakan tegas dalam memberhentikan tabiat suka membuang sampah di merata-rata tempat.

ZULKIFLI BAKAR
Taman Pulai Indah, Johor Bahru, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya