Berhati-hati pilih vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Berhati-hati pilih vaksin Covid-19

Adakah kita terdesak untuk menggunakan vaksin jenis baharu sebelum meneliti dengan cermat kemungkinan mendatangkan kesan negatif? – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA waktu ini, terdapat kira-kira 60 jenis vaksin Covid-19 sedang dibangunkan dan beberapa jenis sudah sedia untuk digunakan.

Vaksin berasaskan teknologi lama berfungsi dengan memperkenalkan protein virus kepada tubuh kita bagi ‘melatih’ sistem imun untuk membangunkan antibodi yang dapat meneutralkan virus sebenar jika diserang.

Namun, penting untuk memastikan penawar berkenaan tidak menimbulkan masalah kesihatan lain berikutan terdapat vaksin jenis baharu yang mengandungi asid ribonukleik (RNA) atau asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengarahkan sel kita untuk menghasilkan protein pepaku Covid-19 apabila bahan genetik itu disuntik.

Ia adalah pendekatan baharu dan belum lagi digunakan dalam mana-mana pengeluaran bagi kempen pemvaksinan secara besar-besaran.

Persoalannya, adakah kita terdesak untuk menggunakan vaksin jenis baharu sebelum meneliti dengan cermat bahawa ia tidak memberikan kesan negatif dalam jangka masa sederhana dan panjang?

Gesaan oleh banyak pengeluar vaksin supaya dimasukkan klausa kerajaan akan melindungi pengilang daripada sebarang tindakan undang-undang jika sesuatu yang buruk berlaku adalah bukti jelas mereka sendiri tidak menolak kemungkinan wujud kesan sampingan.

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN