Berbasikal di laluan disediakan sahaja - Utusan Malaysia

Berbasikal di laluan disediakan sahaja

Menunggang basikal di laluan yang disediakan dapat mengurangkan risiko kemalangan. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERBASIKAL merupakan senaman yang baik bagi kesihatan malah sambil melakukan aktiviti tersebut, pada masa sama boleh menikmati pemandangan.

Aktiviti berbasikal menjadi fenomena baharu dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan kawasan rekreasi dan jalan raya penuh dengan penunggang basikal terutama pada hujung minggu.

Walaupun aktiviti itu baik untuk kesihatan dan alam sekitar, namun orang ramai dinasihatkan agar mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak sebarang risiko seperti kemalangan.

Ia termasuk mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu.

Kemalangan yang meragut nyawa penunggang basikal baru-baru ini wajar dijadikan iktibar. Sama ada kelalaian daripada penunggang basikal atau pemandu lain, risiko tetap ada sekiranya menunggang di jalan utama.

Justeru, penunggang basikal diminta melakukan aktiviti tersebut di laluan atau kawasan yang disediakan.

Pada masa sama, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang khas bagi penunggang basikal dalam usaha mengelak kejadian yang tidak diingini.

SUFIAN HALIM
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN