Bedak tepung jagung, tepung gandum lebih selamat – CAP - Utusan Malaysia

Bedak tepung jagung, tepung gandum lebih selamat – CAP

Alat solek berasaskan bedak dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan. – GAMBAR HIASAN/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Bedak digunakan pada produk kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi dan bedak asas bagi mendapatkan tekstur yang licin dan untuk mencairkan warna dalam kosmetik berpigmen.

Bedak secara semula jadi adalah lembut dan mampu menyerap lembapan untuk mengurangkan kulit berminyak.

Kajian terkini oleh Kumpulan Pekerja Alam Sekitar yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Health Insights, mengesan asbestos dalam 15 peratus dari 21 sampel kosmetik berasaskan bedak.

Menurut saintis Kumpulan Pekerja Alam Sekitar yang juga penulis bersama kajian terse­but, Tasha Stoiber, menyedut walau sedikit asbestos dalam bedak boleh menyebabkan mesothelioma dan penyakit berbahaya lain bertahun-tahun selepas pendedahan kepadanya.

Berikutan bahaya yang dikaitkan dengan penggunaan bedak talkum dan produk mengandungi bedak, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyerahkan satu memorandum kepada pihak berkuasa pada 20 November 2020.

Sementara itu, pengguna dinasihatkan meng­gunakan bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Golongan ibu pula dinasihatkan menggunakan minyak sapu dan bukan bedak berubat untuk masalah ruam bayi.

Fathima Mohd. Idris
Timbalan Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya