Anwar tak ambil iktibar pak menteri dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Anwar tak ambil iktibar pak menteri dijangkiti Covid-19

Tindakan Anwar Ibrahim yang masih bermain politik di saat negara berhadapan peningkatan kes Covid-19 mengundang kemarahan rakyat. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membatalkan pengisytiharan darurat di negara ini disifatkan mementingkan diri sendiri dan perjalanan karier politiknya sahaja.

Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan peningkatan kes Covid-19 sehingga menyebabkan Seri Paduka mengisytiharkan darurat demi keselamatan orang awam dianggap tidak penting oleh Anwar yang dilihat masih mahu memegang jawatan Perdana Menteri.

Tindakannya itu sekali gus mengundang kemarahan rakyat yang mahukan negara pulih daripada pandemik tersebut dan bukannya melihat pemimpin bermain politik seperti budak-budak.

Tidakkah Ketua Pembangkang itu sedar, sejak pandemik menular di negara ini tahun lalu, ribuan rakyat kehilangan pekerjaan, menganggur, pendapatan dipotong majikan, ekonomi jatuh, tiada pelabur, barisan hadapan lumpuh dek kepenatan malah segelintir mereka turut dijangkiti virus, kemudahan di semua hospital kerajaan penuh dan paling menyedihkan apabila ramai kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19?

Beberapa ahli politik dan menteri turut dijangkiti Covid-19 dan ini masih tidak menjadi pengajaran buat Anwar. Adakah Anwar berasa virus ini adalah permainan dan tidak serius walaupun telah meragut jutaan orang di seluruh dunia? Kebal sangatkah beliau?

Tindakan Anwar ini akan membentuk generasi muda yang tidak sensitif terhadap kesusahan yang ditanggung oleh orang awam, sebaliknya hanya memikirkan diri sendiri dan kuasa.

Saya berharap tiada ahli Parlimen yang termakan dakyah tersebut dan mampu berfikir secara waras untuk bersama membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Begitu juga dengan rakyat agar mampu membuat perhitungan kepada pemimpin seperti Anwar dengan memastikan beliau tidak dipilih sebagai pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

RAKYAT KECEWA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya