POLEMIK larangan jualan arak di kedai runcit dan serbaneka baru-baru ini menjemput pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menyambut baik, namun tidak kurang juga mengecam. Tambahan pula, ada dalam kalangan pemimpin parti politik yang melenting apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pertama kali bercadang untuk memperkenalkan garis panduan baharu pelesenan minuman keras, awal bulan lalu. Antara garis panduan yang diperdebatkan adalah kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras bermula 1 Oktober 2021. Kedai ubat tradisional Cina pula hanya dibolehkan menjual minuman keras bagi tujuan perubatan tradisional.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya