SAUDARA PENGARANG,
KAMI, penduduk Kampung Kenangan Dato’ Abdullah Jaffar, Bakri, Muar, Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang peka dan prihatin terhadap masalah banjir kilat di kawasan ini terutama ketika hujan lebat.
MPM telah membina longkang kecil di hadapan dan belakang rumah penduduk bagi membolehkan air hujan mengalir dengan baik.
Diharap masalah banjir dapat diatasi dengan pembinaan longkang tersebut.
DZANMUO
Muar, Johor