Tabiat buang sampah masih belum ‘mati’ - Utusan Malaysia

Tabiat buang sampah masih belum ‘mati’

Lambakan sampah yang dibuang di Jalan Tun Perak 4 di Cheras, Kuala Lumpur mengundang kemarahan penduduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SIKAP rakyat Malaysia yang gemar membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar nampaknya masih lagi menjadi tabiat yang sukar ‘dimatikan.’

Ini terbukti apabila penduduk tanpa rasa bersalah membuang sampah di tepi jalan di sekitar Jalan Tun Perak 4 di Cheras, Kuala Lumpur, sedangkan tong sampah disediakan oleh pihak berkuasa.

Tindakan tersebut bukan sahaja menyakitkan mata, malah meninggalkan bau busuk serta menunjukkan mentaliti masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan.

Bukan sahaja sisa dapur, mereka turut membuang lampin pakai buang, perabot, pakaian dan tilam buruk.

Di kawasan tersebut, terpahat papan tanda larangan membuang sampah oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), namun tidak diendahkan oleh penduduk yang masih berdegil membuang sampah di tepi jalan.

Diharap pihak berkuasa memantau dengan mengenakan denda kepada mereka yang melakukan aktiviti tersebut tanpa memilih kasih kerana penduduk terkesan.

Jika tidak segera diatasi, kemungkinan timbul masalah-masalah lain seperti longkang tersumbat yang akhirnya lebih memburukkan lagi keadaan seperti banjir kilat.

ZUL
Cheras, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya