Raja ibarat payung untuk rakyat menumpang teduh. Begitulah keprihatinan Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap rakyat khususnya di Selangor yang ditimpa kesusahan. Sultan Sharafuddin sentiasa peka dalam perkembangan semasa. Tatkala rakyat terus menerus dihimpit gangguan bekalan air, baginda amat dukacita apabila masalah bekalan air bersih berulang. Susulan masalah itu, baginda mengutuskan surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, menzahirkan kekhuatiran masalah air berterusan akan menyebabkan rakyat jelata memberontak seterusnya boleh mengakibatkan ketegangan hingga menjejaskan keharmonian sosial. Dalam perutusan surat itu, baginda mahu tindakan penguatkuasaan lebih tegas diambil bagi memastikan rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya