Sokong kawal ‘produk dosa’ - Utusan Malaysia

Sokong kawal ‘produk dosa’

vape
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Oktober lalu, Forum Utusan Malaysia menyiarkan gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya kerajaan mengharamkan sepenuhnya rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali dengan nama vape kerana bahayanya sama dengan menghisap rokok biasa.

Susulan itu, ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan langkah mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis e-rokok berkuat kuasa 1 Januari 2021. Cecair e-rokok juga akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per milimeter. Pada masa sekarang, penjualan vape dan cecairnya tidak dikenakan cukai.

Walaupun tidak melaksanakan sepenuhnya saranan CAP, saya yakin langkah mengenakan cukai terhadap ‘produk dosa’ ini akan dapat membengkokkan graf pertambahan bilangan para ‘penyedut asap’ di negara ini. Hal ini akan dipengaruhi oleh tindakan peniaga yang akan menaikkan harga produk terlibat supaya dapat menampung kos cukai.

Namun, untuk memastikan langkah ini berjaya, kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak berlaku ketirisan oleh pihak yang cuba lari daripada membayar cukai.

Apabila cukai ini dikuat kuasa pada tahun depan, diharapkan kita akan menikmati udara lebih segar dan pengurangan jumlah pesakit kronik yang disebabkan oleh rokok dan vape.

MUHAMMAD FAWWAZ AHMAD JAILANI
Kota Bharu, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya