Skuad 69 sumbang kerusi roda - Utusan Malaysia

Skuad 69 sumbang kerusi roda

SKUAD 69 bergambar bersama Hassan Ali (tengah) ketika program Singgah Ziarah Kebajikan Skuad 69 di rumahnya di Pandan Indah, Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menjayakan program Singgah Ziarah Kebajikan Skuad 69.

Program itu bertujuan meringankan beban ahli-ahli yang uzur serta memerlukan bantuan. Kunjungan diketuai Timbalan Presiden, Datuk Alias Abdul Rahman yang menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada Hassan Ali di kediamannya di Pandan Indah, Ampang, Selangor.

Hassan merupakan bekas anggota Pasukan Polis Hutan yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak 15 tahun lalu.

Dia bersara pada 2004. Diharap sumbangan tersebut dapat meringankan urusan Hassan dengan aktiviti hariannya.

PANGNAM SKUAD 69 TETAP UNGGUL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya