Tidak dinafikan secara perbandingan, daerah-daerah di Pahang Barat lebih ketinggalan daripada daerah-daerah lain khususnya Kuantan. Oleh sebab itulah, kerajaan Pahang kini menekankan keperluan untuk memaju dan menyeimbangkannya. Antara usaha-usaha itu ialah cadangan penubuhan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus dan menghidupkan kembali Program Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat (bermula 1983 dan dibubarkan 2006) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 – 2025). Sepertimana kita tahu, Pahang Barat meliputi daerah-daerah Bentong, berkeluasan 183,100 hektar, Raub (227,100 hektar), Lipis (519,800 hektar) dan Cameron Highlands (71,200 hektar) dan Plus pula merujuk kepada daerah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya