Sepatutnya isu capaian internet lemah sudah selesai - Utusan Malaysia

Sepatutnya isu capaian internet lemah sudah selesai

Muhammad Arissyafiq Mohamad Arishan (kiri) dan Luqman Hakim Mad Isa terpaksa menggunakan kemudahan internet di stesen minyak untuk mengikuti kelas dalam talian di Kampung Barokhas, Kuala Nerang, Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN/Shahir Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELAJAR terutama di luar bandar sering berdepan cabaran untuk menimba ilmu ekoran akses internet yang terhad.

Apabila terbaca tentang remaja yang terpaksa belajar di hentian bas, sanggup panjat bumbung dan keluar jauh dari rumah serta kisah Veveonah Mosibin yang tular kerana terpaksa tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian harus diberi perhatian dan diselesaikan dengan segera.

Sepatutnya kerajaan sudah berjaya mengatasi isu capaian internet kerana pandemik Covid-19 sudah melanda negara ini sejak awal tahun lagi. Malah, gangguan capaian internet juga kerap kali berlaku di bandar.

Melihat kepada situasi ini, bagaimana Malaysia mahu bersaing dengan dunia luar sedangkan keperluan internet yang kini menjadi barangan asas masih berada pada tahap tidak memuaskan?

Berdasarkan angka dan situasi kepayahan pelajar tersebut, sepatutnya kerajaan telah mengambil jalan untuk menyelesaikan perkara ini. Bagaimanapun, sebaliknya pula berlaku apabila masih ramai pelajar terbeban dengan norma baharu pembelajaran ini.

Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil para pelajar yang terkesan akan berputus asa untuk menimba ilmu, yang akhirnya menjejaskan masa depan mereka.

Capaian internet di negara ini meningkat 90 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan pada April lalu. Statistik tersebut membuktikan rakyat banyak menghabiskan masa dengan peranti.

Kita akan melangkah ke 2021 dalam beberapa hari lagi. Jika masalah capaian internet tidak diatasi segera, maka Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.

FARINA ADHA
Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya