KEBENARAN rentas negeri yang diumumkan kerajaan kecuali kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) umpama talian hayat kali kedua kepada penggiat pelancongan di Melaka yang terkenal dengan jolokan bandar raya bersejarah. Sebagai destinasi percutian hujung minggu, pengumuman tersebut amat dinanti-nantikan pihak hotel, peniaga, pengayuh beca, pemilik inap desa, hotel bajet dan pengusaha produk-produk pelancongan di negeri ini. Betapa lebau senyuman yang diukir pada wajah masing-masing ketika mendengar pengumuman pada 5 Disember lalu oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditonton menerusi kaca televisyen atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya