Artis yang menghasilkan kraf tangan turut menerima tempias susulan pandemik Covid-19, khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020. Baru-baru ini, saya berpeluang bertemu seorang artis seramik dan usahawan muda yang berasal dari Kapar, Selangor. L. Thanesh Kumar ialah graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan kini mengusahakan Studio Seramita di Pusat Inkubator Kraf Balik Pulau, Pulau Pinang. Secara kebetulan, pemuda ini membuka studio pada awal Mac lalu tetapi hanya sempat membersih dan mengecat sebelum PKP. Hanya pada Jun lalu, Thanesh Kumar berpeluang kembali beroperasi di studionya. “Memang banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya