Sektor eksklusif untuk rakyat kita - Utusan Malaysia

Sektor eksklusif untuk rakyat kita

PENGAMBILAN pekerja asing baharu perlu terus dibekukan sehingga pertengahan tahun depan berikutan jumlah sedia ada sudah memadai. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini kerajaan melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merangkumi dua komponen utama, Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Pertimbangan strategik dibuat dalam pelaksanaan program ini, iaitu dari segi keperluan untuk mengetahui data sebenar PATI yang berada di negara ini selain menggerakkan kembali sektor ekonomi tertentu terutama perladangan yang terjejas akibat kekurangan tenaga kerja.

Walaupun pelan itu hanya melibatkan empat sektor kotor, bahaya dan sukar (3D), iaitu perladangan, pembinaan, pertanian dan perkilangan, namun sudah pun ada permohonan daripada majikan sektor lain untuk dilibatkan sama. Saya berharap sebarang keputusan yang akan dibuat perlu melihat kepada keutamaan untuk memastikan rakyat Malaysia yang sedang mencari kerja tidak diketepikan.

Mungkin beberapa sektor tertentu perlu ditetapkan eksklusif hanya untuk rakyat tempatan. Sebagai contoh, restoran berkonsep makanan segera dan sektor ekonomi gig yang mampu menjadi pekerjaan sementara bagi mereka yang kehilangan kerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.

Rakyat tempatan juga lebih sesuai diambil sebagai pekerja barisan hadapan dalam sektor pelancongan dan perhotelan bagi mencerminkan imej sebenar negara.

Akhir sekali, pembekuan pengambilan pekerja asing baharu perlu diteruskan sehingga tamat pelan rekalibrasi pada 30 Jun 2021 bagi mengelakkan peningkatan pekerja asing secara ketara.

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya