Projek ECRL wajar diteruskan - Utusan Malaysia

Projek ECRL wajar diteruskan

PROJEK pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka melonjakkan ekonomi negara. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada surat pembaca, Prihatin Pantai Timur dalam ruangan ini pada 25 November lalu, saya tidak bersetuju sekiranya projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditutup atau dihentikan.

Ini kerana ia telah diputuskan di Dewan Rakyat dan dibincangkan secara terperinci dengan mendapat persetujuan bahawa projek tersebut hanya untuk laluan di kawasan selatan tengah, pantai timur dan utara Semenanjung.

Projek ini akan menjana pendapatan rakyat dari segi pekerjaan, perniagaan, penjimatan perjalanan masa dan pada masa sama dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan serta maju.

Kos dan pembiayaan telah pun diluluskan di Parlimen, maka tidak timbul isu mengenainya.

Walaupun negara sedang berusaha menangani pandemik Covid-19, namun pada masa sama janganlah memberhentikan projek bermanfaat yang telah dirancang dan diluluskan di Parlimen.

Secara peribadi, saya menyokong projek ECRL diteruskan tanpa prejudis demi kebaikan rakyat dan negara agar dapat membangun dengan lebih maju.

NAJIB
Tanjung Minyak, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya